
Bukan mudah untuk memperoleh kejayaan jika kita malas untuk berusaha,dan bukan senang juga untuk memperoleh kejayaan jika tidak dengan strategik dan matlamat yang jelas bermula dari awal tahun atau pada permulaan persekolahan lagi.Begitu juga dengan doa restu dari ibu bapa, guru,kawan2 dan keluarga yang lain untuk mengiringi dan memperkuatkan lagi penetu kejayaan anda.Petua2 memperoleh kejayaan sebagaimana berikut:-
1)KAJI DAN KETAHUI MATLAMAT ATAU IDEA ANDA.
-Jika anda tidak mengetahui apa yang anda mahukan bermakna anda tidak ada hala tuju.Matlamat atau idea akan menjadikan perjalanan anda berarah.Bayangkan sahaja anda bangun pagi,bersiap2 danmasuk ke dalam kereta.Enjin dihidupkan dan kemudian anda tidak tahu pun anda hendak ke mana.Bukan sahaja masa terbazir,duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta.Dengan mengetahui matlamat anda,perjalanan hidup anda akan berarah.
2)BUAT PERANCANGAN ATAU STRATEGI.
-Jika anda tidak merancang strategi anda,mana mungkin anda boleh mencapai kejayaan anda.Para pelari pecut 100m,mereka berlatih setiap hari untuk memastikan dapat memecahkan rekod(matlamat).
3)JANGKAKAN KEJAYAAN.
-Ini berkait rapat dengan kemahuan untuk berjaya.Pengurusan kepercayaan diri sendiri.Jangan sesekali sabotaj diri sendiri.Anda sudah ada matlamat,anda sudah ada pelan.Tapi anda tidak berapa yakin pelan anda menjadi,hanya kerana ragu2.Anda perlu yakin dengan usaha anda.Dan ingat,jika apa yang anda mahukan itu terbaik untuk anda,maka doa akan dimakbulkan tidak kira cepat atau lambat.
4)LAKUKAN SAHAJA(JUST DO IT).
-Selepas anda memperbaikikepercayaan diri anda sendiri,kini lakukannya.Ramai orang yang meninggalkan langkah terakhir ini.kenapa? mereka takut.Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem pengurusan diri tadi.Jika anda takut dengan langkah pertama,mana mungkin ada langkah ke-2.contohnya jika anda tidak berani menyatakan perasaan anda kepada si diatentu sampai bila2 anda hanya'bertepuk sebelah tangan"